Wednesday 2 January 2013

Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi

Jenis Komponen Elektronik

  • Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif  dan komponen aktif 
  • Komponen pasif ialah komponen-komponen yang  tidak menyumbang kepada gandaan voltan, dan arus kepada suatu litar.
  • Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi. 
  • Contoh komponen pasif ialah perintang, kapasitor dan induktor.
  • Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus.
  • Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. 
  • Contoh komponen aktif ialah transistor, diod dan litar bersepadu



Komponen Pasif

Perintang



Perintang Tetap (Jenis Karbon)

Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm (Ω).


Terdapat dua jenis perintang:
  1. Perintang tetap– perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap
  2. Perintang boleh ubah – perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah
Perintang Tetap (Berlilit Dawai)

Perintang Boleh Ubah (Potentiometer)

Kapasitor

Kapasitor merupakan satu komponen pasif yang dapat menyimpan cas elektrik. Ia boleh dicas dan dinyahcas. Kapasitor mampu menghalang aliran arus terus apabila ianya dicas sepenuhnya. Sebaliknya kapasitor membenarkan arus ulang–alik mengalir dalam litar.

Kapasitor (Elektrolit)


Kapasitor (Seramik)
Induktor

Induktor atau gegelung adalah wayar atau konduktor elektrik yang dililit dalam bentuk silinder atau gegelung. Nilai kearuhan sesuatu inductor disukat dalam unit Henry, H. Ia banyak digunakan dalam litar elektronik dan elektrik sebagai penapis, pengayun dan menentang arus ulang-alik. Ianya biasa digunakan untuk menghasilkan voltan aruhan.

Induktor
Komponen Aktif

Diod

Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah.

Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-Pdan jenis-N. Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-). Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan.

Diod

Diod Pemancar Cahaya (LED)

LED
Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala. LED biasa digunakan sebagai penunjuk. LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V). Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya.


Transistor (Simpang Dwi Kutub) - BJT


Transistor berfungsi sebagai suis elektronikKomponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk menggandakan arus, voltan atau kuasa. Antara sumbangan transistor kepada bidang elektronik ialah :
  • litar menjadi lebih kecil
  • litar beroperasi tanpa kuasa pemanas – menjimatkan tenaga
  • menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah
  • peralatan elektronik lebih tahan lasak
Transistor






9 comments:

  1. boleh berikan fungsi push button switch dan battery..

    ReplyDelete
  2. Mcm mana saya nak memperlahankan atau melajukan pusingan motor 12 volt DC apabila disambungkan me bateri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak boleh gunakan suis berperintang.....maksudnya setia suis merintangi aliran elektrik yg berbeza..kalau x faham...kita sama2 tanya yg lebih pakar....

      Delete
  3. hai..assalamualaikum bg yg non muslim salam sejahtera..saya mahu tahu..apakah warna perintang yg boleh merintang arus 12voltan ke arus 6voltan?

    ReplyDelete
  4. 12-6=6
    Voltan/arus=
    Cek guna multimeter
    Tkde multimeter guna formula
    Letak perintang apa apa
    Lepastu v/r=Arus
    Okey 6v tu bahagi arus dpatlh rintangan yg sesuai untuk susutkan voltan

    ReplyDelete
  5. Apa jenis kompenen yang boleh mengandakan output arus elektrik

    ReplyDelete
  6. Perintang tetap(berlilit dawai)boleh ke di letakkan kedalam kerata mainan elektronik

    ReplyDelete