Wednesday 2 January 2013

Koleksi Gambar KV Kluang

Mercu Tanda KV Kluang

Kolej Vokasional Kluang

Pintu Masuk Utama KV Kluang

Senarai Program yang Ditawarkan di KV Kluang

Penganugerahan Persijilan Amalan 5s

Alatan Penghasilan PCB

Komponen Electronik
Mesin UV Exposure
Etching Kit
Lead (Timah)
Soldering Iron

Drill


Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi

Jenis Komponen Elektronik

  • Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif  dan komponen aktif 
  • Komponen pasif ialah komponen-komponen yang  tidak menyumbang kepada gandaan voltan, dan arus kepada suatu litar.
  • Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi. 
  • Contoh komponen pasif ialah perintang, kapasitor dan induktor.
  • Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus.
  • Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. 
  • Contoh komponen aktif ialah transistor, diod dan litar bersepadu



Komponen Pasif

Perintang



Perintang Tetap (Jenis Karbon)

Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm (Ω).


Terdapat dua jenis perintang:
  1. Perintang tetap– perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap
  2. Perintang boleh ubah – perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah
Perintang Tetap (Berlilit Dawai)

Perintang Boleh Ubah (Potentiometer)

Kapasitor

Kapasitor merupakan satu komponen pasif yang dapat menyimpan cas elektrik. Ia boleh dicas dan dinyahcas. Kapasitor mampu menghalang aliran arus terus apabila ianya dicas sepenuhnya. Sebaliknya kapasitor membenarkan arus ulang–alik mengalir dalam litar.

Kapasitor (Elektrolit)


Kapasitor (Seramik)
Induktor

Induktor atau gegelung adalah wayar atau konduktor elektrik yang dililit dalam bentuk silinder atau gegelung. Nilai kearuhan sesuatu inductor disukat dalam unit Henry, H. Ia banyak digunakan dalam litar elektronik dan elektrik sebagai penapis, pengayun dan menentang arus ulang-alik. Ianya biasa digunakan untuk menghasilkan voltan aruhan.

Induktor
Komponen Aktif

Diod

Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah.

Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-Pdan jenis-N. Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-). Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan.

Diod

Diod Pemancar Cahaya (LED)

LED
Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala. LED biasa digunakan sebagai penunjuk. LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V). Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya.


Transistor (Simpang Dwi Kutub) - BJT


Transistor berfungsi sebagai suis elektronikKomponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk menggandakan arus, voltan atau kuasa. Antara sumbangan transistor kepada bidang elektronik ialah :
  • litar menjadi lebih kecil
  • litar beroperasi tanpa kuasa pemanas – menjimatkan tenaga
  • menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah
  • peralatan elektronik lebih tahan lasak
Transistor






Tuesday 1 January 2013

Cara Menguji dan Mengukur Transistor Jenis NPN dan PNP


Bagaimana menentukan transistor jenis
“NPN”
atau “PNP”



LANGKAH 1

  • Menentukan kaki “base “.
  • Set multimeter pada  X10
  • Apabila probe hitam di atas  mana-mana kaki  dan  probe merah menyentuh kaki yang  lain dan pesongan menunjukkan skala penuh pada meter. Maka transistor adalah jenis NPN dan kaki yang berada pada probe  hitam adalah  kaki “base”.
  • Sekiranya probe merah menyentuh mana-mana kaki dan probe hitam menghasilkan pesongan ke atas kaki-kaki  yg lain, ini menunjukan transistor  jenis “PNP”.

LANGKAH 2
  • Menentukan kaki Collector & Emitter. 
  • Set multimeter pada  X10
  • Untuk NPN – Sentuhkan dengan kemas kedua-dua kaki selain drp kaki base yg diketahui semasa langkah 1
  • Jarum akan menunjukkan pesongan skala penuh pada meter.




Untuk PNP transistor
  • Set meter X10
  • Sentuhan 2 kaki transistor  dengan kedua-dua probe merah dan hitam.
  • Jarum akan menunjukkan pesongan skala penuh pada meter.



Thursday 27 December 2012

Jawapan Kuiz

Jawapan Kuiz 1
  1. Proses menentukan litar skematik yang sesuai dengan aplikasi projek yang akan dibangunkan. 
  2. Perisian komputer. 
  3. Proteus, Protel, Orcad, PCB Wizard, Livewire, Eagle, Diptrace

Jawapan Kuiz 2
  1. UV Exposer 
  2. Memateri kaki komponen terlalu lama 
  3. Cutter

Wednesday 26 December 2012

Kuiz 2

  1. Apakah alat yang digunakan dalam menghasilkan sinar UV yang akan memindahkan cetakan litar diatas diatas lapisan transparency kepada presensitized PCB? 
  2. Apakah yang perlu dielakkan semasa mematri dikhuatiri suhu yang terlalu panas boleh merosakan komponen? 
  3. Apakah alat yang digunakan untuk memotong kaki komponen yang berlebihan?