PENGENALAN
Selamat Datang ke laman blog Teknologi Elektronik. Blog ini dibangunkan hasil kerjasama dengan KOLEJ VOKASIONAL KLUANG, JOHOR dengan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN (UTHM) bagi membantu para pelajar dari aliran vokasional mempelajari Penghasilan Litar Papan Bercetak (PCB) dengan lebih mudah.
Mata pelajaran Elektrik & Elektronik merupakan bidang Elektrik & Elektronik yang berteraskan teknologi dan memfokuskan kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik & Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik & Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.
LATAR BELAKANG KOLEJ VOKASIONAL KLUANG
Sekolah Menengah Vokasional telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional. Dahulunya Kolej dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kluang. Ia merupakan salah sebuah daripada 24 buah sekolah menengah vokasional yang mula-mula ditubuhkan di seluruh negara di bawah pinjaman bank dunia. Sekolah ini bermula pada 1 Januari 1977 dengan menawarkan 8 kursus aliran vokasional. Semua pelajar pada ketika itu menduduki Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM).
Sebelum dinaiktaraf - SM Vokasional Kluang |
Selepas dinaiktaraf - Kolej Vokasional |
Menjelang tahun 2000, sekolah ini
mendapat dua buah bangunan tambahan setinggi empat tingkat setiap satu
menempatkan 17 bilik darjah, 5 makmal sains dan tiga bilik lukisan
kejuruteraan. Pada hari ini, secara keseluruhannya terdapat 8 bulan bengkel dan
36 buah bilik darjah bagi menampung pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 aliran
vokasional dan kemahiran.
OBJEKTIF
1. Memberi panduan kepada pelajar untuk menghasilkan papan litar bercetak (PCB) dengan kaedah dan peralatan yang betul.
2. Membantu pelajar membuat persiapan sebelum menghasilkan PCB
3. Memastikan projek yang dihasilkan berkualiti dan dapat berfungsi dengan baik
No comments:
Post a Comment