Tuesday 27 November 2012

Manual Penyediaan PCB

MANUAL PENYEDIAAN PAPAN LITAR BERCETAK (PCB) PROJEK ELEKTRONIK BERASASKAN PENGAWAL MIKRO MENGGUNAKAN TEKNIK UV EXPOSURE


Langkah 1 : MENENTUKAN LITAR SKEMATIK & APLIKASI PROJEK
Sila klik Langkah 1 untuk penerangan selanjutnya.

Langkah 2 : MENYEDIAKAN KOMPONEN YANG DIPERLUKAN
Sila klik Langkah 2 untuk penerangan selanjutnya.

Langkah 3 : REKA LITAR SKEMATIK PROJEK DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN KOMPUTER
Sila klik Langkah 3 untuk penerangan selanjutnya.

Langkah 4 : UBAH FORMAT LITAR SKEMATIK KEPADA LITAR BERCETAK dan CETAK LITAR DI ATAS LAPISAN TRANSPARENCY
Sila klik Langkah 4 untuk penerangan selanjutnya.

Langkah 5 : PROSES ULTRA VIOLET (UV) TRANSFER
Sila klik Langkah 5 untuk penerangan selanjutnya.

Langkah 6 : PROSES DEVELOP
Sila klik Langkah 6 untuk penerangan selanjutnya.

Langkah 7 : PROSES ETCHING
Sila klik Langkah 7 untuk penerangan selanjutnya.

Langkah 8 : PROSES DRILLING
Sila klik Langkah 8 untuk penerangan selanjutnya.

Langkah 9 : PROSES SOLDERING
Sila klik Langkah 9 untuk penerangan selanjutnya


KESIMPULAN
Teknik penghasilan PCB yang diterangkan dalam manual ini memerlukan kos yang agak tinggi dengan penggunaan bahan tambahan seperti lapisan transparency, presensitized PCB dan bahan kimia developer. Kelebihan teknik ini untuk menghasilkan PCB dalam kuantiti yang banyak kerana hanya memerlukan satu cetakan transparency. Pelajar perlu patuhi setiap arahan, panduan dan proses kerja dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan dan kerugian terhadap PCB yang rosak atau kurang berkualiti. Pelajar juga perlu mematuhi peraturan penggunaan bengkel serta peraturan penggunaan & pelupusan bahan kimia.









Monday 12 November 2012

Pendahuluan



PENGENALAN

Selamat Datang ke laman blog Teknologi Elektronik. Blog ini dibangunkan hasil kerjasama dengan KOLEJ VOKASIONAL KLUANG, JOHOR dengan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN (UTHM) bagi membantu para pelajar dari aliran vokasional mempelajari Penghasilan Litar Papan Bercetak (PCB) dengan lebih mudah.

Mata pelajaran Elektrik & Elektronik merupakan bidang Elektrik & Elektronik yang berteraskan teknologi dan memfokuskan kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik & Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik & Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.





LATAR BELAKANG KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

Sekolah Menengah Vokasional telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional. Dahulunya Kolej dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kluang. Ia merupakan salah sebuah daripada 24 buah sekolah menengah vokasional yang mula-mula ditubuhkan di seluruh negara di bawah pinjaman bank dunia. Sekolah ini bermula pada 1 Januari 1977 dengan menawarkan 8 kursus aliran vokasional. Semua pelajar pada ketika itu menduduki Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM).
Sebelum dinaiktaraf - SM Vokasional Kluang
Selepas dinaiktaraf - Kolej Vokasional
Penubuhan sekolah ini sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru yang menekankan program pendidikan dan latihan untuk menyediakan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan perindustrian. Mulai 1 Januari 1997, sekolah-sekolah menengah vokasional dinaikkan traf kepada sekolah menengah teknik selepas penstrukturan baru Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1997, bangunan asal sekolah ini yang hanya terdiri daripada dua blok bilik darjah dan empat buah bengkel yang dibahagikan kepada enam bahagian.
Menjelang tahun 2000, sekolah ini mendapat dua buah bangunan tambahan setinggi empat tingkat setiap satu menempatkan 17 bilik darjah, 5 makmal sains dan tiga bilik lukisan kejuruteraan. Pada hari ini, secara keseluruhannya terdapat 8 bulan bengkel dan 36 buah bilik darjah bagi menampung pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 aliran vokasional dan kemahiran.

OBJEKTIF

1. Memberi panduan kepada pelajar untuk menghasilkan papan litar bercetak (PCB) dengan kaedah dan   peralatan yang betul.
2. Membantu pelajar membuat persiapan sebelum menghasilkan PCB
3. Memastikan projek yang dihasilkan berkualiti dan dapat berfungsi dengan baik